Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Saturday, 26 May 2012

Cantik tak ?


Hasil kerja saya kali ni nampak sedikit halus dan semakin maju ke hadapan..hehe
belajar dan terus belajar dari kesilapan ..
Chaiiyookkkk chaiiyokk!!!

 Hitam itu elegent...dan hitam itu manisss :) 

   Sweettt :)  

  moden style untuk yang lasak  

 Nampak mewah...merah itu membara... 

 Warna turquios ni paling ramai peminat ^_^ 
 pattern ni dh 11biji terjual 

 Warna oren ni pon ramai peminat...cun ! 

 Mayang mengurai..hehe  

  saya suke yang ni sebab nampak mcm ayu jerr  


Sunday, 1 April 2012

Rekaan Terawal...

Hai kawan kawan..
Hari ni sy nak tunjukkan contoh kerongsang rekaan saya di awal awal pembabitan..hehe...















Saturday, 31 March 2012

Tempahan online pertama


Assalamualaikum wbt,

Hari ni sy terima tempahan online pertama dalam internet  melalui facebook.
Puan Normah dari Kedah menempah 20biji kerongsang. RM15 sebiji termasuk kos penghantaran.
Saya  bersyukur dgn segala apa yg Allah swt dah kurniakan pd saya,

Mata yang tajam,
Emosi yg sabar .
Otak yg kreatif dan innovatif 
tangan yg tangkas...
dan sy sgt analitikal.
hehe dan mcm2 lg.




Sunday, 11 March 2012

Bazar Karat Segamat




Ermm bulan ni bermula la kesibukan aku sebagai peniaga di Bazaar Karat Segamat. Ianya adalah satu permulaan untuk mempromosi Handmade Brooch . Dengan berbekalkan set alatan membuat kerongsang, sebuah meja jepun dan segulung karpet. Kerja2 membuat keronsang aku wat kat situ jerr...Memang sempoii,ha3...

Alhamdulillah sambutan menggalakkan , dalam semalam aku mampu mengumpul rm400. Waktu perniagaan cuma hari Sabtu dan Ahad sahaja. Semua ni cuma side-income dan sekadar hobi sahaja. 

Tak sangka kerongsang aku ada peminatnya yg tersendiri. ..sampaikan ade seorang kakak ni boleh cari aku kt sekolah semata-mata nak tempah keronsang sepadan dgn baju nya. Ada yg beli 2 dozen sekali gus.






Saturday, 28 January 2012

Klasik VS Moden


Ini adalah rekaan kerongsang kedua sy...tampak kemas dan halus jika dibandingkan dengan rekaan pertama.hehe 


Kerongsang Cindai
Nampak  klasik.Materialnya sy masukkan kristal, mutiara  dan kulit kerang...


Kerongsang Kau Milikku
Nampak Moden,saya gabungkan mutiara hitam dan putih,kristal silver dan hitam. sesuai di pakai utk semua warna tudung dan baju.



Wednesday, 18 January 2012

Kerongsang pertama ku

Assalamualaikum kawan2..

Ermm semalam nak gi keje, tp kerongsang banyak yg dah rosak...geram jer. Tibe2 terasa nak cube design kerongsang sendiri, kebetulan banyak gelang2 kristal dan mutiara yg dh putus...rasa rugi jer kalau dibuang begitu shj ...

teng teng tenggggg!!!!!!
lihatla hasil kerongsang pertamaku..ngeh ngehh
(utk rekaan pertama kali mmg nampak agak  kasar pembuatannya) 
hehe ^_^





daripada gelang2 kristal dan mutiara yg dh putus, sy dpt siapkan sebanyak 10 pcs.
Saya design utk digunakan sendiri,tp xsangka ramai yg berkenan,almaklumla antik la katakan :)
Kemuadian sy buat design 10 biji, saje nak test market.hehe xsangka, terus sold out. 
alhamdulillah, mungkin ni rezeki saya dan mungkin ni boleh dijadikan side-income sy di masa hadapan. Belajar dan terus belajar..