Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sunday 14 October 2012

Sweet x?

Materials: bunga getah,kristal,mutiara asli  warna putih

sape2 yg pakai kerongsang ros warna merah ni,
gerenti nampak ayu..hehe ^_^
sape nakk???

tempah la....hehe

Sunday 7 October 2012

Jom melilit!


Satu perangai aku dari dulu sehingga sekarang, aku suka 
window shopping.  Mata aku akan meliar mencari sesuatu yg boleh aku gunakan untuk buat sesuatu, ermm mungkin lukisan?
arca?
ermm kerongsang?
 atau mungkin sesuatu yg baru....

Suatu tempat yg aku suka merayau ialah 
di Jonker Walk Melaka,
Haaa kat situ banyak benda benda pelik yg mereka jual atau lelong.
Aku pernah nampak seorang uncle cina berketurunan baba menjual keychain hasil daripada kreativiti nya melilit besi lalu jadila pelbagai bentuk seperti basikal, bentuk love, bunga, bear dan mcm2 lg.

Aku pon dgn tak tau malunya minta uncle tu ajarkan ...
dia ckp yg dia suka aku mempelawa dia utk ajarkan aku
dia siap bg aku dawai free lg tau! eheks!


okayla, belajar xsampai 1 jam mane la mahir kn?
so aku cuba praktik kan di rumah....
inilah hasilnya..
sekuntum bunga mekar di hatiku.ngeh ngehhhh