Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Thursday 6 December 2012

New brooch for this month!!!

Siapa cepat dia punye!!!
 limited untuk 6biji sahaja 
sms saya !!!
017-7754017



Thursday 29 November 2012

Year End Sale 2012


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sejak cerita pasal Nona's handmade Brooch masuk Harian Metro Ahad , sisipan  Majalah Metro m/s 18 & 19... ramai yg email,sms mahupun call sy bertanyakan mengenai bagaimana cara menempah Nona's handmade Brooch.hehe paling kelakar ada yg ingin bekerja dgn saya. Sebenarnya ini hanyalah sekadar hobi dan sekarang telah menjadi pendapatan sampingan sy. Saya membuat kerongsang ini dirumah dan dimana-mana sahaja kerana bahan2 serta playar sentiasa ada bersama sy.

Oleh kerana dah hujung tahun, jadi nak buat jualan penghabisan stok.Saya nak habiskan bahan-bahan loose yg ada pada saya,kerana tahun hadapan saya akan memborong bahan-bahan loose yg baru. Jika sebelum ini saya menjual RM15 sebiji ,tp sekarang saya turunkan harga kepada 
RM10 sebiji. beli lebih free shipping

Unrtuk sebarang tempahan boleh email/sms/ atau call sy.
terima kasih banyak banyak

Saturday 17 November 2012

Nak tempah dipersilakan ^_^

Kalau nak tempah
untuk hadiah kepada isteri,kekasih,adik atau mak..
boleh jerr.
saya blh pos terus ke rumah penerima.

Kalau nak tempah banyak2 untuk cenderahati majlis perkahwinan pon dipersilakan,
harga boleh nego untuk jumlah tempahan yang banyak.

Kalau nak tempah untuk apa2 aktiviti pon boleh...
mcm biasa ,kalau bnyak harga boleh nego...

Biasanya sy akan gunakan material berkuali tinggi 
seperti, mutiara asli , kristal , cat eyes,tiger eyes, dan swarovski.


  







Sunday 14 October 2012

Sweet x?

Materials: bunga getah,kristal,mutiara asli  warna putih

sape2 yg pakai kerongsang ros warna merah ni,
gerenti nampak ayu..hehe ^_^
sape nakk???

tempah la....hehe

Sunday 7 October 2012

Jom melilit!


Satu perangai aku dari dulu sehingga sekarang, aku suka 
window shopping.  Mata aku akan meliar mencari sesuatu yg boleh aku gunakan untuk buat sesuatu, ermm mungkin lukisan?
arca?
ermm kerongsang?
 atau mungkin sesuatu yg baru....

Suatu tempat yg aku suka merayau ialah 
di Jonker Walk Melaka,
Haaa kat situ banyak benda benda pelik yg mereka jual atau lelong.
Aku pernah nampak seorang uncle cina berketurunan baba menjual keychain hasil daripada kreativiti nya melilit besi lalu jadila pelbagai bentuk seperti basikal, bentuk love, bunga, bear dan mcm2 lg.

Aku pon dgn tak tau malunya minta uncle tu ajarkan ...
dia ckp yg dia suka aku mempelawa dia utk ajarkan aku
dia siap bg aku dawai free lg tau! eheks!


okayla, belajar xsampai 1 jam mane la mahir kn?
so aku cuba praktik kan di rumah....
inilah hasilnya..
sekuntum bunga mekar di hatiku.ngeh ngehhhh










Saturday 22 September 2012

Berminat? boleh hubungi sy

Stok design mcmni dh xde..
tp kalau ada yg berkenan saya boleh usahakan design sama seperti  di bawah.


BR 100 


 BR 101


 BR 102


 BR 103


BR 104


BR 105

Sunday 26 August 2012

Tempahan Kerongsang dari Serikandi

Sesungguhnya sejak kebelakangan inisaya sangat sibuk dengan tempahan kerongsang
 daripada individu perseorangan,persatuan, syarikat , mahupun tempahan online.
Alhamdulillah semua baik baik sahaja dan rezeki sentiasa ada.

ade cerita nak sy kongsikan..
Baru baru ni sy mendapat tempahan daripada sebuah persatuan berdaftar 
yg benama SRIKANDI.
Dia telah menempah 56 biji kerongsang 
3hari sy siapkan tempahan ni, bila dah siap mmg lega la hati.
Esoknya pengerusi nya dh nak ambil, jadi sy letakla kat bawah meja ruang tamu.
Kebetulan malam khamis tu ade marhaban kt umah saya, dan sy tidur awal .
Esok pagi saya sngt terkejut bila kerongsang sy dh tinggal separuh, wwuaaa!!!
 dab dub dab dubbb.... rasa nak pitam saya! rupa rupanya ramai yg brkenan,mreka sangka utk dijual,jadi mama saya pon jual la pada mereka. Camana ni???tengahari ni Puan Pengerusi nak dtg sekolah sy ambil tempahan tu,adesss!!!....
Jadi sy call dia,minta ditangguhkan lg shari,hari Jumaat leh x? setahu sy 
majlisnya hari Sabtu.Saya cerita yg benar benar sahaja,berterus terang. Alhamdulillah dia ok.

Dan bermula lahh 2 hari saya stay up xtido malam..hahahaha :)
kena siapkan lg 30 biji dlm satu hari.huhuuhuhu ciannn....
muke pon xbermaya g keje ..makan minum pon terabai.hahaha
xmauuu mcm tu lg!




Sunday 12 August 2012

Raya ..rayaaaaa datang lagi !!!!

ermm tak lama lagi raya akan menjelma lg..
Tahun ni adalah raya yg sibuk  bagi sy,
kerana sy harus menyiapkan tempahan kerongsang yg customer tempah.
Di saat saat akhir sy telah kehabisan barangan loose utk membuat kerongsang.
Alamak! camana ni? ...tempahan online utk beli barangan loose seperti                                          mutiara dan kristal telah ditutup..
ermm terpaksala saya juga harus menutup jualan secara online.
Kalau terus terusan buka, gerenti sy xdapat beraya! hehe....
Maaf, saya sudah kehabisan stok.


Sunday 15 July 2012

Most wanted ^_^


Ini adalah antara  kerongsang yg ramai peminat..
tak sempat nak peram dh ada orang tanya...
memang limited, 10 biji je yg dapat sy buat.
mungkin sy akan buat lg sebiji tp agak magal la sbb sy gunakan Kristal Swarovski.





Pattern kerongsang yg di bawah ni paling banyak sambutan ...
dah sold out sebanyak 200 biji
^_^










Saturday 23 June 2012

Bila Cik Nona dah mula pakai kerongsang buatannya sendiri ^_^


Best bila boleh reka kerongsang sendiri...
hari-hari boleh pakai kerongsang yg berlainan jenis dan pelbagai..
Jangan jeless taww...
(^_^)V

 haa inilah kerongsang kegemaran saya! 
Material : Mutiara putih, serpihan batu marmar warna putih ade corak kelabu,
dan ade sulaman manik berbentuk love berwarna putih. 
Hanya ada 1 design jer, dah sold out...

 Mangga pintu pagar pon aderr..
sesuai utk remaja yg berjiwa 'gile-gile'

 Nampak ala ala suci jerr..adess

 Bila pakai kerongsang ni terasa berani pulak,aura warna kot..hihi

sesuai untuk yg berjiwa 'girly'

Saturday 26 May 2012

Cantik tak ?


Hasil kerja saya kali ni nampak sedikit halus dan semakin maju ke hadapan..hehe
belajar dan terus belajar dari kesilapan ..
Chaiiyookkkk chaiiyokk!!!

 Hitam itu elegent...dan hitam itu manisss :

   Sweettt :)  

  moden style untuk yang lasak  

 Nampak mewah...merah itu membara... 

 Warna turquios ni paling ramai peminat ^_^ 
 pattern ni dh 11biji terjual 

 Warna oren ni pon ramai peminat...cun ! 

 Mayang mengurai..hehe  

  saya suke yang ni sebab nampak mcm ayu jerr  


Sunday 1 April 2012

Rekaan Terawal...

Hai kawan kawan..
Hari ni sy nak tunjukkan contoh kerongsang rekaan saya di awal awal pembabitan..hehe...